Penculikan bayi merupakan suatu kaedah penyeksaan yang digunakan oleh Presiden
Videla sewaktu beliau berkuasa. Pada 9 Jun 1998, bekas
diktator ini telah ditahan atas
jenayah yang kejam ini.Antara tuduhannya termasuklah membenarkan dan merahsiakan satu rancangan untuk mengumpul
bayi dengan cara memenjarakan wanita yang sedang
hamil di lokap
tentera sehingga mereka beranak. Sebaik bayi tersebut dilahirkan, ia akan diagihkan kepada keluarga angkatan tentera atau dihantar kerumah
anak yatim. Manakala, ibu kandungnya dihantar kesuatu lokasi untuk dihukum
bunuh. Adalah dianggarkan terdapat lebih 500 bayi yang menjadi mangsa
jenayah ini.Walaupun ditahan, beliau kemudiannya dibebaskan pada 29 Disember 1990. Disebalik khabar angin tentang kemungkinan berlakunya
rampasan kuasa tentera, Presiden
Carlos Menem telah memaafkan Videla dan jeneral-jeneral lain dalam tahanan. Namun demikian, saudara-mara mangsa penculikan ini masih bekerja keras untuk menjejak saudara mereka yang telah diculik. Selama 15 tahun, satu kumpulan dipanggil "Grandmothers of the Plaza de Mayo" telah mendesak agar "bayi-bayi" yang diculik dipulangkan kepada saudara-mara mereka. Kumpulan ini telah berjaya menjejak 56 anak kecil tersebut dan mengenalpasti 256 bayi yang masih hilang.